Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Jembalang Challenge PALAPES UniMAP uji kemahiran ilmu ketenteraan

Jembalang Challenge PALAPES UniMAP uji kemahiran ilmu ketenteraan

by Air Times News Network

ARAU, 25 Mac – Jembalang Challenge Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Perlis (PALAPES UniMAP) tahun 2022 yang diadakan bagi menguji aspek fizikal, mental dan aplikasi kemahiran ilmu ketenteraan kesemua peserta.

PALAPES UniMAP dalam hantaran di media sosialnya berkata, Jembalang Challenge ini telah diadakan sekitar kawasan Markas PALAPES UniMAP di Arau, Perlis pada Rabu.

“Acara Tahunan yang menjanjikan Jembalang Shield sebagai Piala Pusingan ini mencipta sejarah pada penganjuran kali ini turut disertai oleh Badan Beruniform Pusat Kokurikulum UniMAP yang lain iaitu dari Jabatan Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai peserta jemputan selain penglibatan Pegawai Kadet Peringkat Senior serta Intermediate,

“Acara ini dilaksanakan sebagai mengambil peluang hari terakhir pelaksanaan Eksesais LEOPARD bagi Pegawai Kadet Senior dan Junior untuk Tahun 2022,” kata hantaran itu.

Menurutnya, setiap peserta diuji dalam 12 disiplin di litar merentas halangan, merangkak di bawah kawat berduri bersama senjata persendirian, membuka dan memasang senjata, aplikasi drill Operation in Build Up Area (OBUA), larian bersama kayu log dan melantun tayar,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply