Home Semasa KPDNHEP serbu premis sorok barang kawalan bersubsidi

KPDNHEP serbu premis sorok barang kawalan bersubsidi

by Air Times News Network

TUMPAT, 24 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan telah membuat serbuan ke atas sebuah premis disyaki tempat penyimpanan bekalan minyak masak dan gula pasir di Chabang Empat, semalam.

KPDNHEP dalam satu hantaran di media sosialnya berkata, premis berkenaan dipercayai telah melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana didapati telah memindahkan, menyimpan serta mengalihkan barang kawalan ke tempat tidak dilesenkan.

“Pasukannya telah membuat penyitaan melibatkan anggaran 850 kilogram (kg) minyak masak dan 480 kg gula pasir,

“Seorang lelaki juga turut ditahan dan kesemua barang dirampas untuk siasatan lanjut serta kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Menurut KPDNHEP, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM3,653. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply