Home Politik Ahmad Maslan: Selamat tinggal MoU Kerajaan-Pembangkang

Ahmad Maslan: Selamat tinggal MoU Kerajaan-Pembangkang

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Mac – “Pembangkang langgar Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani. Ini pandangan peribadi saya,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah tidak lagi terikat dengan MoU.

“Berdasarkan kepada peristiwa semalam di Dewan Rakyat bila Kementerian Dalam Negeri (KDN) kalah undi belah bahagi, maka selamat tinggal MoU.

“Ayuh kita teruskan melangkah,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya pada Khamis.

Pada masa sama, Ahmad Maslan turut memuat naik sebahagian kandungan MoU transformasi dan kestabilan politik di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang dimeterai pada 13 September 2021.

Semalam, kerajaan gagal mendapat sokongan untuk meluluskan usul melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berkenaan tahanan selama 28 hari tanpa perbicaraan di Dewan Rakyat.

Undi belah bahagi yang dijalankan menyaksikan 84 ahli Parlimen bersetuju berbanding 86 tidak bersetuju manakala seramai 50 orang tidak hadir. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply