Home Pertahanan dan Keselamatan PGA tumpas sindiket seludup rokok dan arak

PGA tumpas sindiket seludup rokok dan arak

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 22 Mac – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas rokok dan arak seludup serta kenderaan bernilai RM421,769 di Jalan Bakawali 35, Taman Johor Jaya, pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, pada jam 4 petang pasukannya telah membuat rampasan 20 kotak rokok Zon King; 50 kotak arak Mc Dowells 375 mililiter (ml) dan 29 kotak Mc Dowells 750 ml serta sebuah van Toyota Hiace.

Beliau berkata, rampasan ini telah berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok dan arak tidak bercukai sekitar daerah Johor Bahru.

“Rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut,

“Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply