Home Semasa 19,105 jangkitan baharu COVID-19, 71 kematian direkodkan semalam

19,105 jangkitan baharu COVID-19, 71 kematian direkodkan semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19,105 kes baharu positif COVID-19 pada Ahad, sekaligus menjadikan jumlah kumulatif akibat wabak berkenaan meningkat kepada 3,993,124 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 18,713 kes tempatan dan 386 kes import.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,267 kes atau 43.27 peratus adalah daripada pesakit COVID-19 kategori 1, sementara 10,645 kes atau 55.72 peratus adalah pesakit kategori 2,

“Bagi kategori 3, terdapat 81 kes (0.42 peratus), kategori 4 dengan 44 kes (0.23 peratus) dan bagi kategori lima adalah sebanyak 68 kes (0.36 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 193 kes bagi pesakit kategori 3 hingga lima, 58 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

“78 kes pula sudah menerima 2 dos vaksin COVID-19 tetapi tidak menerima dos penggalak, manakala sebanyak 57 kes pula sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 92 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. 81 kes lagi mempunyai komorbid,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak satu kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 304.

“Sebanyak 371 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 158 daripadanya disahkan COVID-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 213,

“Manakala, sebanyak 203 kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan dengan 95 kes disahkan COVID-19 dan 108 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” ujarnya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 28,250 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,684,665 kes setakat ini.

Dalam pada itu, KKM turut merekodkan sebanyak 71 kematian baharu akibat COVID-19.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 26 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang COVIDNOW, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 34,400.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,225 kes. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply