Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lim Kit Siang umum bersara dari politik – Air Times News Network
Home PolitikPakatan Harapan Lim Kit Siang umum bersara dari politik

Lim Kit Siang umum bersara dari politik

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 20 Mac – Veteran DAP, Lim Kit Siang mengumumkan persaraan dalam politik selepas 56 tahun berkecimpung dalam arena tersebut.

Beliau juga mengesahkan tidak akan bertanding bagi jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.

Selain itu, Kit Siang turut memaklumkan tidak lagi akan mempertahankan kerusi di Parlimen Iskandar Puteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik,

“Saya menarik diri dari bertanding pilihan CEC. Sila padamkan no. 39 dari senarai calon CEC anda. Saya juga tidak akan bertanding dalam pilihan raya parlimen atau negeri di masa hadapan,” katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-17, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata telah berada dalam parti selama 56 tahun dan telah melihat bagaimana parti DAP berkembang dari sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam PRU tahun 1969.

“Sehingga menjadi sebuah parti politik utama yang berjaya menubuh kerajaan Persekutuan serta mengambil alih kerajaan di 7 negeri bersama dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan semasa PRU-14,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?