Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir bot, 6 PATI termasuk juragan ceroboh perairan Tawau

Polis Marin usir bot, 6 PATI termasuk juragan ceroboh perairan Tawau

by Air Times News Network

TAWAU, 19 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menghalang sebuah bot asing bersama 6 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk juragan cuba ceroboh perairan Tawau, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintenden Ridzauddin Selamat berkata, bot tersebut terdiri daripada 2 orang lelaki dewasa, 3 orang perempuan dewasa serta seorang kanak-kanak.

“Hasil soal siasat PATI termasuk juragan berkenaan merupakan warganegara Indonesia berusia antara 8 hingga 44 tahun,

“Pengusiran dilakukan supaya tidak memasuki perairan negara selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID 19,” jelasnya menerusi hantaran di media sosial PPM Wilayah 4.

Ridzauddin menjelaskan, pihaknya menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memastikan keselamatan serta kemakmuran setempat terkawal.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply