Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais TACOP bukti tahap kesiagaan ‘air mobility’ TUDM

Eksesais TACOP bukti tahap kesiagaan ‘air mobility’ TUDM

by Air Times News Network

SUBANG, 19 Mac – Eksesais Tactical Operation (Eksesais TACOP) Siri 1/22 telah membuktikan tahap kesiagaan ‘Air Mobility’ Fleet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam keadaan terbaik.

TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais tersebut bermula 8 hingga 18 Mac 2022 dilaksanakan secara hybrid dengan penambahan penerjunan Combat Rubber Raiding Craft (CRRC), High Altitude High Opening (HAHO) dan High Altitute Low Opening (HALO) serta kemampuan latihan Tactical Air Landing Operation (TALO).

Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Datuk Zahani Zainal Abidin TUDM telah menyempurnakan penutup Eksesais TACOP yang diadakan di Auditorium Air Warfare Centre (AWC), Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), semalam.

“Ketumbukan kejayaan latihan kali ini juga adalah hasil integrasi pasukan khusus dan elit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TUDM,

“Eksesais TACOP tidak akan berjaya dilaksanakan jika ianya mandiri tanpa penyertaan daripada pasukan khusus dan elit ATM,

“Penglibatan dari Markas 21 Grup Gerak Khas dan 10 Briged PARA sudah menjadi sebahagian daripada elemen keperluan dalam pelaksanaan tugas operasi dan latihan TUDM,” kata Zahani dalam ucapan penutupnya.

Turut hadir Panglima 21 Grup Gerak Khas, Mejar Jeneral Nubli Hashim; Panglima 10 Briged PARA, Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal dan Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Ahmad Khusairi Ahmad Fadli TUDM. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply