Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Eksesais SAREX AR 2 perkasa koordinasi antara TUDM bersama agensi keselamatan di Sarawak – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais SAREX AR 2 perkasa koordinasi antara TUDM bersama agensi keselamatan di Sarawak

Eksesais SAREX AR 2 perkasa koordinasi antara TUDM bersama agensi keselamatan di Sarawak

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) bersama agensi pasukan keselamatan awam di Sarawak akan melaksanakan Search and Rescue Exercise Air Region 2 (Eks SAREX AR 2), 2022 bermula 21 hingga 25 Mac ini.

TUDM dalam kenyataan berkata, eksesais ini akan melibatkan sekitar kawasan Kuching, Kota Samarahan dan Santubong.

“SAREX AR 2 merupakan latihan yang julung kali diadakan melibatkan kerjasama inter agency di antara pihak TUDM bersama agensi-agensi awam di Sarawak,

“Objektif utama latihan adalah untuk memperkasakan koordinasi antara agensi dalam melaksanakan misi carilamat di Wilayah Udara 2,” katanya.

Menurut TUDM lagi, latihan ini juga untuk memperkukuhkan pengoperasian Military Rescue Sub Centre East (Mil-RSC East) sebagai agensi yang bertanggungjawab mengatur dan mengawal misi carilamat di Wilayah Udara 2.

“Ia juga bagi mengekalkan kompetensi dan kemahiran pegawai serta anggota yang terlibat di dalam misi carilamat,

“Eksesais ini akan dilaksanakan di fasa laut dan fasa darat di kawasan sekitar Santubong melibatkan pengoperasian pesawat TUDM, PGU Sarawak dan juga pesawat dari Hornbill Skyways yang melaksanakan penerbangan rendah,

“Turut serta pengoperasian aset maritim dari Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM), Sarawak Coast Guard dan Jabatan Perikanan di sekitar perairan Santubong di sepanjang latihan berlangsung,” ujarnya.

Sementara itu, TUDM memaklumkan orang ramai agar tidak cemas dan risau jika melihat pesawat-pesawat udara daripada pelbagai agensi melakukan penerbangan taktikal mahupun aset-aset maritim di dalam tempoh latihan dilaksanakan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?