Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Urban Lion tingkat kemahiran tempur di kawasan terbina

Eksesais Urban Lion tingkat kemahiran tempur di kawasan terbina

by Nurulhuda

KUANTAN, 18 Mac – Seramai 9 Pegawai dan 151 anggota daripada pasukan Batalion Ke-18 Askar Melayu Diraja Para (18 RAMD Para) terlibat dalam Eksesais Urban Lion Siri 1/2022 yang berkonsepkan operasi di kawasan terbina (Operation in Build up Area (OBUA)) pada 13 hingga 15 Mac lalu.

18 RAMD Para dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais ini dilaksanakan di kawasan am Pangkalan Udara Kuantan – Sungai Panching melibatkan 2 eksesais iaitu Eksesais Stallion Pack 1/22 (Tactical Air Landed Operation (TALO)) dan Eksesais Urban Lion Siri 1/22 (Ground Tactical Manoeuvre).

Menurutnya, eksesais ini turut menekankan aturgerak seksyen sniper dan tinjau pasukan dalam membantu usaha ketumbukan utama OBUA pasukan bagi menyelamatkan kawasan penting iaitu di Loji Rawatan Air Panching (Objektif Akhir).

“Eksesais ini dilaksanakan dalam 5 fasa utama iaitu Fasa 1 – Pre Deployment Training, Fasa 2 – Mounting Phase, Fasa 3 – TALO diikuti dengan menyelamatkan Point of Entry (POE) Lapangan Terbang Kuantan yang terbiar,

“Manakala, Fasa 4 melibatkan, Ground Tactical Manoeuvre by Securing Critical Ground (OBUA) dan Fasa 5 – Battle Clearance serta After Action Review (AAR) oleh Pegawai Memerintah,

“Di akhir eksesais, Pegawai Memerintah telah memberikan pandangan dan langkah penambahbaikan yang wajar dilaksanakan semasa sesi AAR bersama Pegawai dan anggota yang terlibat dalam eksesais ini,” tambahnya.

Jelasnya, pelaksanaan eksesais ini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama dan Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelansungan Misi dan Kesiagaan serta Memperkasakan Keutuhan Organisasi.-airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply