Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot, 3 kru warga tempatan langar syarat sah lesen

APMM tahan bot, 3 kru warga tempatan langar syarat sah lesen

by Air Times News Network

LUMUT, 17 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan sebuah bot tempatan kelas B kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan 2.5 batu nautika tenggara Pulau Lalang, pada Selasa.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Perak, Komander Maritim Fadzliana Fadzil berkata, bot tersebut ditahan ketika sedang melakukan aktiviti memukat dikawasan yang tidak dibenarkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan 3 kru warga tempatan termasuk tekong berusia 40 hingga 59 tahun dan menggunakan pukat tunda sebagai alat menangkap ikan serta menemui 200 kilogram (kg) ikan campur dalam bot tersebut”, ujarnya dalam hantaran di media sosial APMM.

Jelas beliau, tekong serta kru bot disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) iaitu melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti perikanan serta menggunakan pukat tunda dalam kawasan Zon A.

“Bot serta kesemua kru diiringi ke jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sitiawan untuk proses penahanan, siasatan serta tindakan lanjut akan dilaksanakan oleh pegawai penyiasat APMM”, katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply