Home Semasa AS beri amaran kepada China sekiranya salur bantuan kepada Rusia

AS beri amaran kepada China sekiranya salur bantuan kepada Rusia

by M.Daim

WASHINGTON, 15 Mac – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) beri amaran bahawa sokongan China kepada Rusia dalam krisis di Ukraine akan memberikan impak negatif dari sudut diplomatik antarabangsa.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price menyatakan perkara tersebut telah dibangkitkan dalam pertemuan antara delegasi dari Washington dan Beijing.

“Penasihat keselamatan negara dan delegasi kami telah membangkitkan kebimbangan kami terhadap sokongan China kepada Rusia (dalam isu Ukraine),

“Sokongan sebegini akan memberikan kesan kepada hubungan diplomatik China, bukan sahaja dengan AS, tetapi dengan seluruh dunia,” katanya.

Sebelum ini, AS mendakwa Moskow telah meminta bantuan dan sokongan dari China bagi membantu Rusia melaksanakan operasi ketenteraan Ukraine yang memasuki hari ke-20.

Menurutnya, antara bantuan yang diminta oleh Rusia dari China adalah bekalan makanan rangsum tempur.

Sekiranya China memberi sokongan kepada Rusia, berkemungkinan besar negara tersebut akan berhadapan pelbagai sekatan lain dari sudut ekonomi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply