BANGKOK, 12 Mac – Tentera Udara Diraja Thailand menggariskan pemindahan teknologi jet pejuang stealth sebagai salah satu keperluan dalam perolehan jet pejuang baharu.
Pemindahan teknologi tersebut adalah antara yang ditetapkan oleh panel kajian RTAF.
“Pemindahan teknologi adalah salah satu syarat yang ditetapkan oleh RTAF dalam perolehan jet pejuang baharu,
“Selain daripada itu, pemindahan pengetahuan teknikal turut diterapkan sebagai salah satu perkara dalam perjanjian pembelian,” kata jurucakap RTAF, AVM Prapas Sornchaidee kepada media Thailand.
Menurut beliau, RTAF turut menetapkan pemindahan teknologi peperangan elektronik (EW), akses kepada pengetahuan EW dan penaksiran ancaman menggunakan teknologi AI dalam senarai pemindahan teknologi.
“Teknologi sebegini merupakan antara yang dikawal ketat oleh negara pembekal tetapi ianya mustahak untuk diperolehi oleh Thailand,
“Pemindahan teknologi sebegini akan mempertingkatkan kemampuan dan keupayaan industri pertahanan tempatan,” katanya.
Thailand sebelum ini meluluskan peruntukan untuk memperolehi 4 jet pejuang generasi ke-5 mulai tahun hadapan.
Panglima Tentera Udara Thailand, ACM Napadej Dhupatemiya pada akhir tahun lalu menyatakan hasrat beliau untuk memperolehi jet pejuang F-35 keluaran Lockheed Martin dari Amerika Syarikat. – airtimes.my