Home SemasaGlobal Pemimpin Kesatuan Eropah setuju penyertaan Ukraine dalam EU

Pemimpin Kesatuan Eropah setuju penyertaan Ukraine dalam EU

by M.Daim

VILNIUS, 11 Mac – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) telah bersetuju untuk menerima penyertaan Ukraine ke dalam organisasi itu.

Perkara tersebut disampaikan oleh Presiden Lithuania, Gitanas Nausėda di akaun media sosial rasminya.

“Selepas 5 jam berbincang, pemimpin EU telah bersetuju untuk Ukraine menyertai kesatuan dan proses tersebut telah dimulakan,” katanya.

Menurut beliau, pelaksanaan integrasi tersebut bergantung kepada EU dan Ukraine untuk menyelesaikannya.

“Ukraine berhak untuk mengetahui bahawa mereka diterima untuk sertai EU,” ujar Gitanas.

Penerimaan tersebut merupakan perkembangan baharu kepada Ukraine yang kini terlibat dalam peperangan dengan Rusia untuk 16 hari.

Sebelum ini, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyatakan pihaknya tidak lagi menekan NATO untuk menerima keanggotaan negara Eropah Timur itu.

Dalam wawancara bersama ABC News, Zelensky menjelaskan NATO tidak bersedia untuk menerima Ukraine.

EU merupakan kesatuan politik dan ekonomi yang dianggotai 27 buah negara. Kesatuan ini tidak melibatkan kerjasama ketenteraan kerana aspek tersebut telah termaktub di bawah NATO. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply