Home Pertahanan dan Keselamatan Panglima Tentera Udara dianugerah Beret Kehormat PASKAU

Panglima Tentera Udara dianugerah Beret Kehormat PASKAU

by Air Times News Network

BANTING, 11 Mac – Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dianugerah Beret Kehormat Pasukan Khas Udara (PASKAU) di Pangkalan Udara Jugra, hari ini.

Upacara Pemakaian Beret Kehormat PASKAU ini telah disempurnakan oleh Panglima Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Brigedier Jeneral Meor Ahmad Kamal Meor Termizi TUDM.

Menurut TUDM, penganugerahan beret ini adalah kesinambungan pengiktirafan PASKAU kepada Panglima Tentera Udara berlandaskan sifat kepimpinan, kewibawaan, kecemerlangan, semangat waja dalam menerajui TUDM serta sumbangan bakti terhadap pembangunan dan pemerkasaan keupayaan tempur PASKAU khususnya.

Terdahulu, Asghar telah menerima tabik hormat daripada anggota perbarisan yang terdiri daripada 11 pegawai dan 100 anggota yang diketuai Mejar Hasnizam Harun TUDM.

Selain itu, Asghar turut meninjau kemudahan latihan di Pusat Akuatik dan pameran peralatan PASKAU serta meluangkan masa menyantuni warga pangkalan.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Indera Mohammad Salleh Osman TUDM dan Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Indera Muhamad Norazlan Aris TUDM. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply