Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan PATI cuba lobos perairan negara

APMM tahan PATI cuba lobos perairan negara

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 10 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang berjaya tahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba ceroboh perairan negara, semalam.

APMM dalam satu hantaran media sosialnya berkata, bertindak atas maklumat daripada nelayan setempat mendapati sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan di perairan Sungai Pinang.

“Bot kayu tersebut berjaya ditahan dan dipercayai dari Indonesia bersama 14 PATI,

“4 orang PATI bertindak terjun ke laut untuk melarikan diri apabila dihampiri namun gagal selepas diselamatkan dan kemudian ditahan bersama yang lain”, jelas hantaran tersebut.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati PATI berkenaan berusia 21 hingga 51 tahun termasuk tekong dalam perjalanan dari Seruway, Acheh.

“Dan kesemua ditahan dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,

“Kes akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959”, ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply