Home Pertahanan dan Keselamatan 2 Div pastikan selenggara RKAT disiapkan mengikut jadual ditetapkan

2 Div pastikan selenggara RKAT disiapkan mengikut jadual ditetapkan

by Air Times News Network

PERLIS, 8 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) komited dalam memastikan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) terus berada pada tahap keselesaan setiap penghuninya.

Markas 2 Div dalam hantaran di media sosialnya berkata, pihaknya mengingatkan 92 Unit Perumahan Keluarga Angkatan Tentera (UPKAT) selaku agensi pelaksana agar menentukan senggaraan ini dijalankan mengikut spesifikasi dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Panglima 2 Div,  Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri telah melawat dan melihat perkembangan projek senggaraan RKAT Skuadron Keenam Rejimen Askar Jurutera Diraja (6 RAJD), semalam.

Beliau juga telah diberi taklimat perkembangan senggaraan dan pembangunan RKAT yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Pemerintah 6 RAJD.

“Lawatan ini bertujuan bagi meninjau pekembangan dan mengenal pasti permasalahan projek selenggara lambat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,

“Projek ini juga telah diperuntukan dibawah Dasar Sedia Ada Tentera Darat Tahun 2021/22,” katanya.

Dalam pada itu, turut hadir dalam lawatan tersebut Komander RAJD 2 Div, Pegawai Memerintah 92 UPKAT, Ketua Det UPKAT Kedah/Perlis dan Pegawai Staf 1 Logistik MK 2 Div. – airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply