Home Pertahanan dan Keselamatan 7 PATI Myanmar cuba masuk ke Malaysia ditangkap

7 PATI Myanmar cuba masuk ke Malaysia ditangkap

by Air Times News Network

KUALA PERLIS, 7 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan 7 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar masuk ke Malaysia secara haram dalam Operasi Landai di kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), awal pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kasim berkata, tangkapan yang dilakukan hasil kerjasama anggota Unit Risikan Marin (URM) dan dibantu oleh anggota Unit Risik Kompeni D Batalion 2 PGA Kuala Perlis.

“Hasil pemeriksaan mendapati 6 lelaki dan seorang wanita warganegara Myanmar tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,

“7 PATI tersebut disyaki baru sampai daripada Thailand dan memasuki Malaysia melalui laluan tidak sah,” katanya.

Tambah beliau, pemeriksaan sekitar kawasan tersebut mendapati seorang lelaki warga asing sedang menunggu didalam sebuah kenderaan dan disyaki tekong darat untuk mengambil 7 PATI tersebut.

“Siasatan awal dilakukan tentang bayaran untuk masuk ke Malaysia kepada warga Myanmar sekitar RM3,000 sehingga RM5,000 seorang dan dibayar oleh ejen di negara tersebut,

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis untuk tindakan lanjut dan ditahan di bawah Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply