Home SemasaGlobal 114 pelarian Rohingya termasuk kanak-kanak mendarat di Aceh

114 pelarian Rohingya termasuk kanak-kanak mendarat di Aceh

by Air Times News Network

BIREUEN, 7 Mac – Seramai 114 pelarian Rohingya termasuk 35 kanak-kanak dari Myanmar yang terkandas di tengah laut tiba di pantai Aceh, Indonesia, pada Ahad.

Sukarelawan NGO Aksi Cepat Tanggap, Nurul Yana Daba berkata, pihak berkuasa tidak dapat memastikan berapa lama kumpulan pelarian tersebut terkandas di laut, namun ada di antara mereka yang memerlukan bantuan perubatan.

“Seorang pelarian wanita tidak dapat berdiri atau berjalan akibat bengkak di tangan dan kaki, manakala seorang lelaki didapati kekurangan zat makanan yang berkemungkinan kerana terlalu lama berada di laut, kata Nurul kepada portal berita Reuters.

Seorang penduduk tempatan, Mukhtar berkata, pelarian Rohingya tersebut memasuki kampungnya untuk mendapatkan bantuan.

“Kami menerima mereka atas dasar perikemanusiaan, dan akan menyerahkan mereka kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya,

“Penduduk menyediakan makanan, namun tidak menyangka mereka akan tinggal lama di kampungnya,” kata Mukhtar.

Disember tahun lalu, kerajaan Indonesia terpaksa akur dengan tekanan antarabangsa untuk memberi perlindungan dan Tentera Laut Indonesia telah menyelamatkan lebih 100 orang pelarian Rohingya yang hanyut di atas bot di luar Pantai Barat Indonesia.

Lebih 730 ribu etnik Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar apabila tindakan keras diambil tentera negara itu sejak 2017. Sebahagian yang melarikan diri turut belayar menuju ke Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyifatkan bahawa kempen ketenteraan yang diambil Myanmar berniat menghapuskan etnik tersebut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?