Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok, minuman keras tidak bercukai di Sarawak

Polis Marin rampas rokok, minuman keras tidak bercukai di Sarawak

by Nurulhuda

SIMUNJAN, 3 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Sarawak telah manggagalkan aktiviti pengedaran minuman keras serta rokok pelbagai jenama selepas menahan sebuah lori, semalam.

Menurut PPM Sarawak, penahanan tersebut dilakukan oleh sepasukan polis dari Unit Risikan Marin (URM) PPM Wilayah 5 Kuching yang menjalankan Op Kontraban telah mengekori 2 buah lori bergerak secara beriringan (konvoi).

“Anggota pasukan telah menahan dan membuat pemeriksaan ke atas lori tersebut. Didapati kedua-duanya membawa muatan minuman keras dan rokok pelbagai jenama yang ditutup menggunakan kanvas berwarna hijau,

“Pemeriksaan lanjut dibuat namun pemandu lori tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah,” jelas PPM Wilayah 3 dalam hantaran di media sosialnya malam tadi.

PPM Sarawak menjelaskan, muatan yang dibawa oleh lori tersebut disyaki tidak bercukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Kesemua barang bersama lori yang dianggarkan berjumlah RM2,300,495.16 telah dirampas, manakala pemandu lori tersebut dibawa ke Markas PPM Wilayah 5 Kuching untuk tindakan lanjut,

“Kedua-duanya telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967. Kes diserah kepada Pegawai Penyiasat IPD Simunjan,”tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply