KUALA LUMPUR, 2 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 78 kes kematian COVID-19 direkodkan semalam termasuk 34 kes kematian yang berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Berdasarkan data di portal COVIDNOW, angka kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kematian di dalam negara akibat wabak ini meningkat kepada 32,827 kes.
Negeri yang mencatatkan kematian tertinggi ialah Johor iaitu sebanyak 21 kes diikuti Kedah (15), Selangor (13), Perak (9), Sabah (6), Pulau Pinang (5), Kelantan (2), Melaka (2) , Terengganu (2), Negeri Sembilan (1), Pahang (1) dan Kuala Lumpur (1), .
Semalam, negara merekodkan sebanyak 25,854 kes COVID-19 meliputi 25,406 penularan tempatan dan 448 kes import manakala terdapat 25,548 kes sembuh.
Seramai 7,542 pesakit COVID-19 dirawat di hospital dengan 374 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 213 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. -airtimes.my