Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat gagalkan cubaan 8 PATI Indonesia pulang ke kampung

Tentera Darat gagalkan cubaan 8 PATI Indonesia pulang ke kampung

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 1 Mac – Hasrat 8 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingin pulang ke Indonesia melalui laluan tidak sah berjaya di gagalkan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di Ladang Sungai Paloi, Tenggaroh, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, bertindak atas maklumat orang kampung pasukan rondaan telah mengesan pergerakan yang mencurigakan dikawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 7 PATI lelaki dan seorang wanita merupakan warga negara Indonesia berusia sekitar 17 hingga 52 tahun yang ingin keluar dari negara melalui laluan tidak sah,

“Tim Quick Reaction Force (QRF) telah diaturgerakkan ke lokasi kejadian bagi membuat penahanan, kesemua PATI telah dibawa Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk proses pemeriksaan dan dokumentasi,

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM3,029.92 melibatkan matawang Malaysia RM21.50, matawang Indonesia IDR 63,000.00 (RM18.42) dan 7 buah telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM2,990.00,” katanya.

Sementara itu, ujian saringan mendapati kesemua PATI negatif COVID-19, manakala laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Sedeli.

“Tim QRF dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diaturgerak bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply