Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Demi negara dan TLDM, projek LCS perlu diteruskan – Presiden PVTLDM

Demi negara dan TLDM, projek LCS perlu diteruskan – Presiden PVTLDM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) di Lumut yang tertangguhkan sejak Disember 2019 mesti diteruskan demi kedaulatan negara dan kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bekas Ahli Dewan Negara, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid turut menggesa kerajaan membawa isu ini ke mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan kelulusan agar ianya diteruskan.

“Kami berharap agar kerajaan meneruskan projek LSC di Lumut ini,

“Lepas kami buat laporan, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudahpun menjalankan siasatan kenapa baru ada pihak yang bersuara?

“Kabinet jangan jadi ‘NATO’ maksudnya ‘No action, Talk only’. Rusia serang Ukraine pun NATO diam sahaja, tidak berlawan dengan Rusia,” komennya ketika dihubungi Air Times.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) mengesa kerajaan agar masalah berkaitan dengan projek ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia akan membebankan ekonomi negara.

“Kita kena push kerajaan, kesian TLDM, kesian rakyat asyik kena tipu. Duit hilang berbilion-bilion,

“Kami beri peringatan kepada orang-orang yang terlibat dengan peruntukan LCS ini untuk pulangkan balik duit itu semula,

“RM6 bilion sudah dibayar tetapi 1 kapal pun masih tidak keluar lagi,” ulasnya lagi.

Projek LCS bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan pada tahun 2011 dan sejumlah RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal berkenaan.

Bagaimanapun, hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada TLDM. Perjanjian Kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa 2 buah LCS pertama sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menegaskan bahawa kapal LCS yang pertama akan diterima oleh TLDM pada tahun 2025.

Hishammuddin turut menjelaskan, kelewatan projek ini adalah berpunca daripada pihak pengeluaran produk tulen (OEM) yang memberhentikan kerja susulan masalah kewangan.

Menurutnya lagi, proses perolehan itu mengalami kelewatan 39.52 peratus atau 43 bulan, menyebabkan pembayaran kepada OEM tidak dibuat mengikut jadual selain kegagalan kontraktor menyiapkan reka bentuk dalam tempoh ditetapkan serta lewat memuktamadkan perolehan sebahagian eralatan serta kualiti kerja yang tidak mengikut spesifikasi.

Mengulas lanjut mengenai projek LCS tersebut, Mohamad Imran menjelaskan, pihaknya bersama beberapa entiti korporat pernah menyuarakan untuk mengambil alih dan meneruskan projek ini.

“Dahulu, kami wujudkan Konsortium Veteran TLDM dengan beberapa syarikat korporat untuk ambil alih meneruskan projek tersebut,

“Duit kontrak ada RM3 bilion, jadi dari RM3 bilion itu kita boleh urus untuk siapkan 2 kapal terlebih dahulu,

Sementara itu, seorang Pegawai TLDM yang enggan didedahkan namanya turut mengulas bahawa perolehan LCS sangat penting kepada negara.

Pergolakan ketenteraan antara Rusia dan Ukraine perlu dijadikan iktibar dan asas untuk negara mempercepatkan perolehan aset-aset baharu.

“Diplomasi hanya akan berjaya apabila aset ketenteraan kita cukup,” jelasnya.

Pada 18 Februari lalu, tular beberapa video yang memaparkan sebuah Kapal Pengawal Pantai China (China Coast Guard, CCG) didapati berlayar berhampiran sebuah pelantar minyak di Sarawak.

Insiden berkenaan telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat berkait kemampuan TLDM yang dilihat tidak bersedia tanpa kelengkapan modan serta canggih. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply