Home Semasa Banjir: NADMA, agensi menyelamat telah dikerahkan ke Terangganu dan Kelantan – Ismail Sabri

Banjir: NADMA, agensi menyelamat telah dikerahkan ke Terangganu dan Kelantan – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) termasuk agensi menyelamat telah dikerahkan bagi operasi memindah serta menyelamat mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan sejak pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agensi menyelamat lain yang terlibat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Saya menerima beberapa laporan melibatkan kawasan di Kelantan dan Terengganu terutamanya di Hulu Terengganu yang ditimpa musibah banjir teruk,

“Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di kawasan terjejas bagi memastikan proses evakuasi mangsa berjalan lancar,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ATM melalui Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) juga telah diaturgerak membantu mangsa di kedua-dua negeri tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata telah mengarahkan NADMA untuk memastikan kit makanan mencukupi di Pusat Permindahan Sementara (PPS).

Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut membantu dalam memastikan pencegahan penularan COVID-19 dilaksanakan di PPS.

Beliau turut menasihatkan mangsa banjir untuk mengikut langkah keselamatan dan berpindah ke PPS atau tempat yang selamat untuk keselamatan diri serta keluarga.

“Sama-sama kita doakan agar keadaan banjir segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply