Home Pertahanan dan Keselamatan PPM rampas rokok, arak seludup RM152 ribu

PPM rampas rokok, arak seludup RM152 ribu

by Air Times News Network

PANTAI ACHEH, 24 Feb – Sebuah stor yang dikeliling semak samun dibelakang rumah dijadikan tempat penyimpanan serta pengedaran rokok dan arak tidak bercukai gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Pinang, semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim berkata, menerusi Operasi Kontraban, pasukannya menjumpai 531 karton rokok dan 688 liter arak tidak bercukai berjumlah RM152,717.00.

“Hasil risikan dan pemantauan selama sebulan di lokasi berkenaan, operasi serbuan dilakukan pada jam 6.00 petang semalam”, katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Jelasnya, PPM telah membuat serbuan ke sebuah rumah di Pantai Acheh, Balik Pulau dan menahan seorang lelaki berusia 60 tahun di rumah terbabit.

“Hasil serbuan itu, sebanyak 102,600 batang rokok dan 688 liter arak tidak bercukai dirampas”, jelas beliau.

Shamsol menjelaskan, siasatan mendapati bekalan yang dirampas dipercayai bagi pasaran ke kedai-kedai runcit berdekatan kawasan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply