Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Bekas Timbalan Menteri antara 42 calon PEJUANG bertanding di PRN Johor

Bekas Timbalan Menteri antara 42 calon PEJUANG bertanding di PRN Johor

by Nurulhuda

MUAR, 24 Feb – Ketua Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) Johor, Datuk Dr Shaharuddin Mohd Salleh antara 42 calon parti itu yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.

Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika mengumumkan senarai nama calon tersebut berkata, Shahruddin yang juga bekas Timbalan Menteri Kerja Raya itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada pilihan raya kali ini.

Katanya, semua calon PEJUANG merupakan muka baharu, kecuali 2 orang, termasuk Shahruddin yang pernah menjadi Ahli Parlimen Sri Gading.

Mukhriz berkata, PEJUANG mengetengahkan 4 calon wanita dan hampir 54 peratus mereka berusia 50 tahun ke bawah.

“Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang terutamanya dari bidang politik. Kebanyakan calon juga merupakan penyertaan pertama menyertai parti politik dan mereka memilih PEJUANG,

“Ramai datang dari sektor swasta, NGO dan ada juga dari sektor akademik. Jadi inilah tawaran kami kepada rakyat negeri Johor, sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui Johor,” katanya selepas pengumuman senarai calon PEJUANG, hari ini.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply