Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Khairuddin umum letak jawatan Setiausaha dan ahli Majlis Syura Ulama PAS

Khairuddin umum letak jawatan Setiausaha dan ahli Majlis Syura Ulama PAS

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Setiausaha dan ahli Majlis Syura Ulama (MSU) PAS, hari ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, perletakkan jawatan ini dibuat ketika dijemput menghadiri mesyuarat MSU PAS secara hibrid, semalam.

“Saya dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas yang diadakan secara hibrid pada malam semalam, 20 Februari, jam 9 malam sebagai ahli dan Setiausaha MSU,

“Pada mesyuarat berkenaan, saya mengumumkan peletakan jawatan atau pemberhentian sebagai Setiausaha MSU berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(7),

“Saya juga meletakkan jawatan atau pemberhentian sebagai Ahli MSU berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(5),” katanya.

Pada masa sama, Khairuddin yang juga bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi turut merakamkan perhargaan kepada parti PAS yang memberi peluang untuk beliau berkhidmat sebagai ahli MSU Pas sejak tahun 2013 dan seterusnya dilantik sebagai Setiausaha MSU sejak 15 Disember 2020.

“Rakaman jutaan terima kasih juga kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Haji Hashim Jasin dan semua Ahli MSU yang telah bertindak selaras dengan Perlembagaan PAS untuk mengelakkan sebarang krisis perlembagaan parti,

“Saya terus istiqamah menjalankan amanah sebagai ahli Parlimen PAS dan juga tugasan-tugasan lain dalam parti,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply