Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ‘Eagle Eye 25 meter Shooting Range’ tingkat kemahiran menembak anggota

‘Eagle Eye 25 meter Shooting Range’ tingkat kemahiran menembak anggota

by Air Times News Network

BAYAN LEPAS, 18 Feb – ‘Eagle Eye 25 Meter Shooting Range’ adalah satu kemudahan lapang sasar tertutup yang digunakan untuk melatih dan memahirkan anggota tentera dalam penggunaan pistol warga Divisyen Kedua Infantri (2 Div).

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Perasmian Eagle Eye 25 Meter Shooting Range Kem Tun Razak yang berlangsung di Bangunan Eagle Eye 25 Meter Shooting Range Kem Tun Razak, semalam.

Lapang sasar tertutup ini digunakan untuk melatih dan memahirkan anggota tentera dalam penggunaan pistol

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, pembinaan lapang sasar tertutup ini direka untuk berupaya menahan projektil senjata pistol jenis Glock 9mm, HK P9S 9mm dan mana-mana pistol perkhidmatan yang diluluskan sahaja. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply