Home Semasa 20 rakyat Malaysia masih berada di Ukraine – Wisma Putra

20 rakyat Malaysia masih berada di Ukraine – Wisma Putra

by M.Daim

PUTRAJAYA, 14 Feb – Kementerian Luar hari ini mengesahkan seramai 20 orang rakyat Malaysia masih berada di Ukraine.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, angka tersebut merupakan bilangan rakyat Malaysia yang berdaftar kepada pihak kedutaan.

Ia merangkumi 9 staf kedutaan bersama ahli keluarga mereka.

“Pihak kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan rakyat Malaysia yang masih berada di Ukraine termasuk 2 orang pelajar,” kata kenyataan itu.

Pada masa yang sama, pihak Wisma Putra menggesa mana-mana rakyat Malaysia yang berada di Ukraine untuk memaklumkan keberadaan mereka kepada pihak kedutaan sekiranya belum berbuat demikian.

“Ini bagi memudahkan memudahkan pihak konsulat memberi bantuan sekiranya keadaan memerlukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Wisma Putra menggesa mana-mana rakyat Malaysia yang berada di Ukraine sentiasa peka dengan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan diri termasuk mematuhi arahan pihak berkuasa Kyiv.

Ukraine kini dilaporkan berada di ambang peperangan berikutan peningkatan jumlah tentera Rusia di kawasan sempadan yang meningkat kepada 130 ribu pada hujung minggu lalu.

Selain daripada itu, tentera Ukraine sedang giat melatih rakyat mereka untuk menghadapi situasi peperangan sekiranya tentera Rusia bertindak melancarkan peperangan terhadap negara Eropah Timur itu. – airtimes.my

Rakyat Malaysia di Ukraine yang memerlukan bantuan dikehendaki untuk menghubungi pihak kedutaan seperti berikut: 

Embassy of Malaysia in Kyiv, Ukraine
Tel : +380 442 855 271 / +380 988 387 885 (after working hours)
Email : [email protected] / [email protected]

Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali.

Related Articles

Leave a Reply