Home SemasaGlobal Rakyat AS sepatutnya keluar dari Ukraine serta-merta, sekarang! – Biden

Rakyat AS sepatutnya keluar dari Ukraine serta-merta, sekarang! – Biden

by M.Daim

WASHINGTON, 11 Feb – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden hari ini menegaskan rakyat Amerika Syarikat (AS) wajar keluar dari Ukraine dengan serta-merta.

“Apa yang saya ingin nyatakan adalah, rakyat AS sepatutnya tinggalkan Ukraine dengan serta-merta mulai sekarang,

“Kita sedang berhadapan dengan salah satu kekuatan tentera yang besar di dunia,” katanya dalam wawancara khas bersama stesen televisyen NBC, hari ini.

Beliau turut menolak senario di mana pasukan tentera AS akan melakukan operasi mencari dan menyelamat rakyat negara itu di Ukraine sekiranya berlaku tindakan ketenteraan oleh Rusia.

“Ianya mustahil, perang dunia akan berlaku apabila (tentera) Amerika dan Rusia saling bertembak di antara satu sama lain,

“Kita hidup dalam dunia yang agak berbeza dengan sebelum ini,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Biden yakin Presiden Rusia, Putin tidak akan bertindak melulu dan tahu akan akibat sekiranya nyawa rakyat AS terancam. – airtimes.my

Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali.

Related Articles

Leave a Reply