Home Semasa COVID-19: Jangkitan baharu lepasi paras 20 ribu

COVID-19: Jangkitan baharu lepasi paras 20 ribu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di dalam negara terus meningkat kepada 20,939 kes dalam masa 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi hantaran di media sosialnya berkata, pertambahan jumlah jangkitan baharu itu, menjadikan jumlah kumulatif wabak berkenaan di dalam negara meningkat kepada 2,996,361 kes pada hari ini.

Menurut beliau, hampir keseluruhan kes yang dilaporkan pada hari ini merangkumi kategori 1 dan 2.

“Sebanyak 20,821 kes (99.44%) merupakan ketegori 1 dan 2,

“Manakala 95 kes (0.45%) dalam ketegori 3, 13 kes (0.06%) ketegori 4 dan 10 kes (0.05%) merupakan ketegori 5,” jelas Dr Noor Hisham.

Semalam, negara merekodkan 19,090 kes baharu akibat wabak ini dengan 10 kes kematian. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply