Home SemasaGlobal India haramkan import dron serta merta

India haramkan import dron serta merta

by M.Daim

NEW DELHI, 10 Feb – Kerajaan India menguatkuasakan larangan mengimport dron ke negara itu berkuat kuasa serta merta.

Pihak berkuasa penerbangan India dalam satu hantaran di akaun media sosialnya berkata, langkah tersebut diambil bagi memperkasakan industri dron negara itu.

“Pengharaman import dron dari luar negara berkuat kuasa 9 Februari. Pengecualian hanya diberikan kepada sektor kajian dan pembangunan, pertahanan serta keselamatan,” katanya.

Jelasnya, kebenaran pengecualian tersebut masih tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

India bermatlamat sebagai hub dron global pada tahun 2030. – airtimes.my

Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali.

 

Related Articles

Leave a Reply