KUALA LUMPUR, 8 Feb – Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ di premis bermula 11 Februari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dengan pemansuhan ini, pihak pemilik permis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu-pintu masuk premis.
Bagaimanapun katanya, daftar masuk premis masih diwajibkan mengguna aplikasi MySejahtera seperti biasa.
“Sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pemeriksaan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ kerajaan amat mengalu-alukan dan mengalakan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19, hari ini. – airtimes.my