Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PDRM rampas dadah, kenderaan bernilai RM151 ribu – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM rampas dadah, kenderaan bernilai RM151 ribu

PDRM rampas dadah, kenderaan bernilai RM151 ribu

by Air Times News Network

PULAU PINANG, 8 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Timur Laut berjaya menahan 2 lelaki tempatan termasuk seorang wanita berumur 38 hingga 40 tahun dalam 3 serbuan berasingan di sekitar Air Hitam, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Polis Soffian Santong berkata, serbuan dilakukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Timur Laut ke atas sebuah rumah serta berjaya merampas beberapa bungkusan dadah yang dipercayai jenis syabu dan ganja.

“Pihak BSJND juga turut menyita beberapa jenis kenderaan yang digunakan untuk tujuan mengedar dadah di sekitar daerah Timur Laut,

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dan sitaan berjumlah RM151,047.50,” katanya pada sidang media hari ini.

Tambahnya lagi, kesemua suspek direman sehingga 11 Februari 2022 untuk siasatan lanjut.

Soffian berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 jika didapati bersalah serta boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 15 sebatan.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru kepada masyarakat setempat supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat pergerakan yang mencurigakan terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?