Home Semasa Op Pemutihan Bersepadu: 8 ditahan termasuk PATI wanita

Op Pemutihan Bersepadu: 8 ditahan termasuk PATI wanita

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 8 Feb – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berjaya menahan 6 penagih dadah, seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita dan seorang lelaki yang dikehendaki menerusi Op Pemutihan Bersepadu, pada Isnin.

IPD Johor Bahru Selatan dalam hantaran di media sosialnya berkata, operasi tersebut bermula jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 10.30 malam itu melibatkan 7 pegawai serta 51 anggota yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis Raub Selamat.

“Seramai 39 orang telah ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati 6 lelaki positif dadah,

“Tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan dan disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata hantaran itu.

Selain itu, seramai 22 warga asing telah diperiksa dan hasil semakan mendapati seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut.

“Dalam operasi yang sama, pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan kerana masih dikehendaki bersabit kes dibawah Seksyen 402 Kanun Keseksaan,

“Kesemua mereka yang negatif dadah seramai 32 orang telah dibebaskan tanpa apa-apa syarat setelah dokumentasi dibuat,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply