SELANGOR, 8 Feb – Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berjaya menahan seorang lelaki warga asing berumur 45 tahun bersama 172 karton minuman keras yang dianggarkan berjumlah RM28,116 melalui Operasi Kontraban, semalam.
Pegawai Memerintah Batalion 4 PGA, Suprintenden Rizal Mohamed berkata, lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu ditahan bersama 2 buah kenderaan di Jalan Cengkih, Taman Kim Chuan, Pelabuhan Klang, pada jam 2.30 petang.
“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut, pihak polis menemui pelbagai jenama minuman keras yang dipercayai diseludup serta tidak bercukai,
“Jumlah keseluruhan barang yang dirampas sebanyak 172 karton dan bernilai RM28,116, manakala nilai cukai berjumlah RM38,191,99,
“Turut dirampas 2 buah kenderaan berserta telefon bimbit yang dianggarkan berjumlah RM100,107.99,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Rizal, tangkapan bersama barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut.
Manakala kes disasat dibawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.– airtimes.my