Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19: ATM sedia buka hospital medan jika diperlukan – Hishammuddin

COVID-19: ATM sedia buka hospital medan jika diperlukan – Hishammuddin

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=B-BfnSo2fNA[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia untuk kembali memainkan peranan penting dalam membantu fasiliti kesihatan negara dalam menangani penularan wabak COVID-19 seperti sebelum ini.

Menteri Kuartet COVID-19, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ATM juga sentiasa bersiap sedia diaturgerakkan dan terlibat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah membina Hospital Medan ATM sekiranya diperlukan.

Beliau berkata, keputusan kerajaan mengaktifkan semula National COVID-19 Rapid Response Task Force (RRTF) adalah satu keputusan yang tepat bagi menghadapi peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

“Ia satu keputusan yang tepat, penuh dengan tanggungjawab dan cukup proaktif kerana sebelum ini kita (ATM) telah lakukan ketika dalam keadaan yang agak membimbangkan dengan mewujudkan RRTF pada ketika itu,

“Pada masa itu, ATM telah terlibat secara langsung dan apa yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam, bukan sahaja sokong tetapi saya beri jaminan bahawa ATM akan terus serta tetap membantu kerajaan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19, pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan menjelaskan, sehingga kini, tiada keperluan untuk membuka Hospital Medan ATM susulan peningkatan kes COVID-19, dengan mengambil kira situasi semasa.

“Kalau hospital sedia ada tidak membebankan (penuh pesakit COVID-19), kita tidak perlu hospital medan,

“Kalau perlu, kita akan buat. Ia bukan masalah kerana membina hospital medan ini mengambil masa dalam seminggu,

“Kita sudah buktikan semasa krisis dahulu, dimana sahaja, diperlukan hospital medan boleh disiapkan dalam masa seminggu,” tambahnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply