Home Pertahanan dan Keselamatan 15 RAMD, Markas RAJD 3 Div terima sijil penghargaan dari kerajaan Negeri Sembilan

15 RAMD, Markas RAJD 3 Div terima sijil penghargaan dari kerajaan Negeri Sembilan

by Air Times News Network

JELEBU, 6 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD), Markas RAJD 3 Div dan agensi lain yang terlibat dalam operasi banjir serta pasca banjir di daerah Jelebu.

Markas Briged Pertama Infantri Malaysia (1 BGD) berkata, peranan anggota tentera dalam membantu Pihak Berkuasa Awam (PBA) terutama dalam operasi sebegini bagi meningkatkan kredibiliti anggota tentera di mata masyarakat semasa aman mahupun sebaliknya.

Sebelum itu, Menteri Besar Negeri Sembilan melakukan lawatan rasmi ke Kampung Bemban, Jelebu bagi melihat struktur jambatan sementara Compact Bailey 200 yang siap dipasang pada 20 Jan lalu oleh Skuadron Kelapan Rejimen Askar Jurutera Diraja (8 Skn RAJD) dan 9 Skn RAJD.

Jambatan sementara ini dipasang bagi menggantikan jambatan yang runtuh akibat banjir besar yang melanda Kampung Bemban pada bulan Disember tahun lalu.

Semasa lawatan tersebut, Panglima 1 Briged, Brigadier Jeneral Mohd Saifulisham Baharun telah memberi penerangan kepada Aminuddin mengenai peranan anggota tentera dalam pemasangan jambatan sementara tersebut serta membantu penduduk terjejas banjir. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply