Home Semasa Warga emas ditahan miliki senjata api buatan sendiri

Warga emas ditahan miliki senjata api buatan sendiri

by Air Times News Network

BEAUFORT, 5 Feb – Hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort berjaya menahan seorang penganggur berumur 57 tahun di Kampung Pansong, semalam.

IPD Beaufort dalam hantaran media sosialnya berkata, hasil siasatan di premis tersebut menjumpai selaras senjata api buatan sendiri.

“Pemeriksaan lanjut menemui peralatan yang digunakan untuk membuat senjata api,” katanya.

Senjata api buatan sendiri yang dirampas pihak polis – Foto: IPD Beaufort

Tambah hantaran itu, barangan kes telah dirampas dan suspek akan direman untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” tambah hantaran itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply