Home SemasaGlobal Rusia ada keupayaan untuk tawan Ukraine – Pentagon

Rusia ada keupayaan untuk tawan Ukraine – Pentagon

by M.Daim

WASHINGTON, 3 Feb – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyatakan Rusia mempunyai keupayaan untuk menawan Ukraine pada bila-bila masa.

Jelas Setiausaha Akhbar Pentagon, John F. Kirby menyatakan pihaknya tidak pasti sama ada Moskow akan melakukan serangan terhadap Ukraine.

“Tidak pasti sama ada Rusia telah muktamadkan rancangan mereka untuk tawan Ukraine tetapi kita tahu mereka mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian,” kata Kirby dalam satu sidang media, hari ini.

Menurut beliau, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat sentiasa menyokong usaha oleh Jabatan Negara dan Rumah Putih untuk mengendurkan keadaan.

“Amerika Syarikat bersama negara sekutu dan rakan telah menawarkan Rusia jalan keluar bagi mengurangkan ketegangan,

“Namun, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjamin keselamatan Amerika Syarikat dan negara sekutu,” ujar beliau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply