WASHINGTON, 3 Feb – Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani menegaskan kerjasama dengan Israel hanya terhad untuk keamanan dan keselamatan masyarakat Palestin.
Ini sekaligus menolak dakwaan bahawa negara teluk itu akan normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel.
“Sebelum ini, Qatar mengekalkan hubungan dengan Israel semasa adanya prospek keamanan untuk masyarakat Palestin,
“Perang Gaza 2008-2009 telah memadamkan usaha tersebut,” lapor agensi Axios.
Jelasnya, ketiadaan komitmen dari Israel menyebabkan Perjanjian Abraham (Abraham Accord) yang menggariskan penyelesaian aman dan kewujudan negara sukar dicapai.
Menurut Al-Thani, Qatar tetap berhubung dengan Israel bagi menyalurkan dana bantuan kepada masyarakat Palestin di Gaza.
“Kerajaan Israel sebelum ini membenarkan pemindahan dana ratusan juta dolar kepada Hamas sebagai usaha untuk,” kata laporan itu. – airtimes.my