Home Semasa COVID-19: Majoriti kes libatkan pesakit tiada gejala – Noor Hisham

COVID-19: Majoriti kes libatkan pesakit tiada gejala – Noor Hisham

by M.Daim

PUTRAJAYA, 3 Feb – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kira-kira 99.2 peratus kes jangkitan baharu COVID-19 pada hari ini adalah melibatkan pesakit kategori 1 dan 2.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, angka tersebut merangkumi 5,677 kes.

“43 kes (0.8 peratus) merupakan kategori 3,4 dan 5,” katanya.

Malaysia mencatatkan 5,720 kes jangkitan baharu pada hari ini dengan 5,590 melibatkan kes tempatan dan 130 kes import.

Sementara itu, Noor Hisham menyatakan 332 kluster masih aktif termasuk 15 kluster baharu dikesan.

“Ini menjadikan jumlah kluster adalah 6,457 dengan 6,125 kluster telah tamat,” ujarnya.

Sebanyak 3,968 kes sembuh dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 adalah sebanyak 2,887,780 kes dengan 96.8 peratus (2,794,354 kes) merupakan kes sembuh. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply