Home SemasaGlobal Amerika hantar 3,000 anggota tentera tambahan ke Eropah Timur

Amerika hantar 3,000 anggota tentera tambahan ke Eropah Timur

by M.Daim

WASHINGTON, 3 Feb – Setiausaha Akhbar Pentagon, John F. Kirby hari ini menyatakan seramai 3,000 orang anggota tentera dari negara kuasa besar itu dihantar ke kawasan Eropah Timur.

Menurut beliau, penghantaran tersebut merupakan tambahan kepada kekuatan sedia ada tentera Amerika Syarikat di Eropah.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam sidang media yang diadakan pada hari ini.

“Presiden Biden telah menjelaskan Amerika Syarikat akan bertindak balas terhadap mana-mana ancaman kepada keamanan dan kestabilan Eropah,” katanya.

Menurut beliau, Amerika Syarikat sentiasa berpegang teguh kepada Artikel 5 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Amerika Syarikat akan menghantar pasukan tentera tambahan ke Romania, Poland dan Jerman sebagai salah satu usaha dan komitmen dalam menghadapi sebarang kemungkinan,

“Penghantaran ini bukan bersifat kekal tetapi ianya adalah untuk bertindakbalas terhadap situasi semasa keselamatan di Eropah,” katanya.

Dalam pada itu, Kirby menafikan kehadiran anggota tentera tersebut adalah sebagai persiapan kepada sebarang pertempuran atau  situasi perang yang mungkin akan berlaku di Ukraine.

“Mereka dihantar untuk memperkukuhkan postur pertahanan NATO,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Kirby menjelaskan 1,000 anggota tentera Amerika Syarikat di Jerman akan diatur gerak ke Romania. Ia melibatkan skuadron kenderaan berperisai Stryker.

“Kumpulan ini akan bergabung 900 anggota tentera Amerika Syarikat yang berada di Romania,

“Mereka akan memainkan peranan untuk mengekang sebarang ancaman dan meningkatkan tahap kesiagaan pasukan hadapan negara sekutu,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply