Home Politik Ahli Parlimen Pasir Mas dilantik Ketua Pemuda Perikatan Nasional baharu

Ahli Parlimen Pasir Mas dilantik Ketua Pemuda Perikatan Nasional baharu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 Jan –  Ahli Parlimen Pasir Mas dan juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang baharu.

PN dalam satu kenyataan berkata, pelantikan telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat pada hari ini.

“Mesyuarat turut telah bersetuju sebulat suara untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub sebagai Pengerusi Perikatan Nasional negeri Melaka yang baharu,

“Kedua-dua pelantikan tersebut berkuat kuasa serta merta,” kata Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut beliau, mesyuarat Majlis Tertinggi Parti yang diadakan semalam telah dihadiri oleh wakil dari parti komponen BERSATU, PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN.

“Mesyuarat tersebut telah berbincang secara mendalam mengenai situasi politik semasa, khususnya berhubung kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply