Home Pertahanan dan Keselamatan PAC dijangka bentang laporan perolehan Kapal Tempur Pesisir Mac ini

PAC dijangka bentang laporan perolehan Kapal Tempur Pesisir Mac ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Jan, – Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kang Woh menyatakan pihaknya sedang mencapai fasa akhir prosiding mengenai perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Beliau dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya berkata, beliau berharap laporan tersebut akan dibentang pada Mac ini.

Semalam, beliau telah menghadiri prosiding LCS di Parlimen.

“Kita telah memanggil Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez; Panglima Tentera Laut, Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan lain-lain ke prosiding pada 25 Januari,

“Sebelum ini kami telah memanggil Datuk Seri Zahid Hamidi, Tan Sri Amrin Buang dan lain-lain saksi,

“Kita telah mencapai fasa akhir prosiding dan diharap akan berjaya untuk membentangkan hasil pada Mac ini,” katanya.

Menurut Wong, sebanyak 8 prosiding projek LCS telah dijalankan setakat ini.

“Kesemua individu yang dipanggil telah memberikan kerjasama yang penuh kepada pihak PAC,” ujar beliau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply