Home SemasaGlobal Jet pejuang Rusia lancar 524 serangan udara di Syria

Jet pejuang Rusia lancar 524 serangan udara di Syria

by M.Daim

DAMSYIK. 23 Jan – Kumpulan pemerhati antarabangsa Syria menyatakan Rusia telah melancarkan lebih 524 serangan udara di Syria.

Menurut Syrian Observatory For Human Rights (SOHR), jumlah serangan tersebut melibatkan pelbagai lokasi di negara Arab itu semenjak 1 Januari 2022.

“Dalam tempoh 48 jam lalu, jet pejuang Rusia telah melancarkan 20 serangan udara di pelbagai lokasi di padang pasir Al-Rasafah dan Al-Sukhnah,

“Ini sekaligus menjadikan jumlah serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat Rusia semenjak awal Januari lalu melebihi 524,” katanya.

Campur tangan tentera Rusia di Syria bermula pada September 2015 selepas Damsyik meminta bantuan ketenteraan dari Moskow berikutan perang saudara yang berlaku di negara Arab itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply