Home Semasa Isu SPRM: PH sedang memerangi penjawat awam berdedikasi– Faizal Azumu

Isu SPRM: PH sedang memerangi penjawat awam berdedikasi– Faizal Azumu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini menegaskan isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sengaja diperbesar oleh pihak tertentu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, kes pemilikan saham oleh Azam Baki telah selesai apabila Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membuat keputusan tiada kesalahan ditemui dalam isu tersebut.

“Saya menyeru kepada semua pihak agar berhenti dari terus menggembar-gemburkan isu yang melibatkan penjawat awam demi agenda tersembunyi meskipun pihak yang berkuasa sudah menjalankan siasatan sepenuhnya dan membuat keputusan muktamad,

“Azam Baki juga telah dimaklumkan oleh SC bahawa siasatan terhadap perkara itu telah dimuktamadkan,

“Saya berharap suara-suara yang berkeras untuk terus memainkan kes ini akur dengan keputusan SC dan menghormati autoriti SC yang telah menjalankan tugasnya tanpa sebarang campur tangan menurut undang-undang,” kata Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Tambahnya, Pakatan Harapan (PH) dilihat sengaja mengambil kesempatan menyerang penjawat awam dan juga kerajaan.

“Pakatan Harapan sedang memerangi penjawat awam yang berdedikasi dan komited menjalankan amanah mereka demi agenda politik yang sempit dengan memperlekehkan kerajaan dan institusi kerajaan seperti SPRM serta SC,

“Ini bukan sahaja tidak tulus, malah bersifat tidak patriotik dan meruntuhkan semangat utuh perkhidmatan awam,

“Ia sekaligus mengkompromi masa depan negara demi agenda politik semata-mata,” ujar beliau.

Related Articles

Leave a Reply