Home Semasa Azam Baki buka akaun dan laksanakan sendiri transaksi – Sekuriti Malaysia

Azam Baki buka akaun dan laksanakan sendiri transaksi – Sekuriti Malaysia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menjelaskan transaksi akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki adalah dilaksanakan oleh beliau sendiri.

SC dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan yang dibuat badan itu berhubung siasatan terhadap akaun dagangan Azam Baki.

“Pihak kami ingin menjelaskan bukti yang dikumpul secara bebas semasa inkuiri menunjukkan akaun tersebut dibuka oleh Azam Baki,

“Beliau sendiri melakukan transaksi jual, beli dan pemindahan sekuriti melalui akaun tersebut,” katanya.

Tegas SC, pihaknya merumuskan Azam Baki tidak melanggar Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berdasarkan bukti-bukti tersebut.

Semalam, badan itu telah mengumumkan penamatan inkuiri terhadap akaun dagangan milik Azam Baki. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply