Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 5 lagi PATI Indonesia dicekup

5 lagi PATI Indonesia dicekup

by Nurulhuda

PENGERANG, 19 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menahan 5 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di persisir pantai Kampung Sungai Musoh, pagi tadi.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) berkata, penahan itu adalah hasil dari anggota ronda yang mengesan pergerakan orang mencurigakan di pinggir hutan pada jam 9.30 pagi.

“Tim telah berjaya menahan dan membuat penangkapan ke atas 5 orang PATI pada jam 10.35 pagi,

“Kesemua PATI terdiri daripada 5 lelaki warga Indonesia berusia sekitar 19 hingga 43 tahun,

“Kesemua mereka telah dibuat saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit. Hasil ujian saringan mendapati kesemuanya negatif COVID-19,” jelasnya dalam kenyataan.

Markas 3 Div menjelaskan, kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Johor Bahru.

Manakala laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM2,370.45 melibatkan matawang Malaysia RM380.45, matawang Indonesia IDR 1,301,400 (RM380.45), 5 buah telefon bimbit bernilai RM1,890.00 dan seutas jam tangan bernilai RM 100.00,” tambahnya.

Tambahnya, Tim Quick Reaction Force (QRF) dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diaturgerak bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply