PUTRAJAYA, 13 Jan – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pengoperasian Operasi Benteng (Op Benteng) di bawah National Task Force (NTF) akan ditamatkan pada Jun ini.
Beliau berkata, setelah Op Benteng di tamatkan, operasi berkenaan akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan seterusnya.
“Inilah sebabnya saya perlu maklumkan kepada semua supaya kami akan lebih bersedia kerana buat masa ini pelbagai kementerian telah terlibat bersama KDN dalam NTF,
“Setelah Op Benteng ini berakhir, ia akan kembali semula kepada kami (KDN) dan usaha memastikan Op Benteng sentiasa ke hadapan akan dibuat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KDN dan Amanat Tahun Baharu 2022 di Kompleks KDN, hari ini.
Menurutnya, bukan sesuatu yang baharu untuk KDN kembali mengambil alih hal berkaitan pengoperasian Op Benteng tersebut.
Katanya, walaupun NTF bakal berakhir pada Jun ini, operasi Gasak Laut dan Darat akan diaktifkan semula bertujuan bagi mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan. – airtimes.my